
4 disah hidap virus demam Chikungunya di Melaka
MELAKA: Empat penduduk, termasuk seorang penoreh getah warga emas disahkan terkena jangkitan virus demam Chikungunya iaitu sejenis penyakit bawaan nyamuk yang jarang ditemui di dua lokasi di negeri ini, sejak dua minggu lalu.
Pemangku Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ghazali Othman, berkata dua pesakit pertama dikesan di Kampung Rim, Jasin pada 2 Julai lalu, manakala dua lagi iaitu penoreh getah berusia 74 tahun dan anaknya, dari Kampung Chinchin, Jasin pada Jumaat lalu.
Katanya, pengesahan mengenai penyakit yang dialami empat individu terbabit yang diidentinya dilindungi, dibuat selepas contoh ujian darah mereka di Hospital Jasin didapati positif dan masih dirawat di hospital berkenaan.

No comments:
Post a Comment